Pada tiga hari pertama, anda mungkin menghadapi simptom yang kurang menyenangkan seperti :-
- cirit-birit yang ringan
- mengeluarkan najis berwarna hitam yang berbau atau najis berwarna kuning yang terapung atas air
- buang air kecil yang lebih kerap
- keletihan, mengantuk, mudah naik marah
- lidah bersalut putih, mulut berbau, ulser mulut
- sakit kepala, rasa loya, muntah
- Kesemua simptom ini menunjukkan yang badan anda dalam proses pembersihan. Semakin banyak toksin di dalam badan anda, semakin banyak simptom yang mungkin anda hadapi.
Keadaan yang kurang menyenangkan ini akan berkurangan selepas toksin dikeluarkan dari badan dan anda menjadi sihat semula. Selepas seminggu, anda akan terasa lebih segar dan bertenaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan