Rabu, 26 Ogos 2009

KENAPA PERLU DETOKS?

Dalam menjalani kehidupan masa kini, kebanyakan dari kita jarang mendapat walaupun separuh serat diet yang diperlukan dalam makanan harian kita. Selalunya kita berterusan memakan makanan yang langsung tiada serat. Penggunaan racun makhluk perosak yang berleluasa, baja kimia, hormon dan teknologi genetik pada sayur-sayuran dan buah-buahan membawa banyak kesan yang tidak baik kepada kesihatan. Dalam penyediaan makanan, penggunaan pengawet, perasa, perisa, pewarna tiruan di luar kawalan mengakibatkan kita menderita kerosakan organ dalam jangka masa panjang. Usus (intestin dan kolon) yang berfungsi sebagai kilang memproses dibeban dan diracun setiap hari. Diet makanan berlemak tinggi, gula dan garam menyebabkan kegemukan, paras kolesterol (LDL) meningkat, masalah jantung, hati dan buah pinggang. Kekurangan masa atau malas bersenam menambahkan lagi masalah kesihatan diri.

Kekurangan serat pemakanan menyebabkan proses pencernaan dalam usus mengambil masa yang lama menyebabkan sisa-sisa melekat pada dinding usus dan mengumpul toksid. Usus menjadi sempit dan menyebabkan sukar membuang air besar, nutrien, zat dan mineral tidak dapat diserap oleh sel-sel dinding usus dan menyebabkan tubuh kekurangan zat-zat dan mineral-mineral penting.

Pengumpulan sisa buangan (mucous plaque) di dalam usus menyebabkan:
  • Racun (toksid) dari makanan dan dari proses pencernaan terkumpul di dalam usus dan diserap semula dalam darah menyebabkan kerosakan organ lain seperti buah pinggang, hati, dan jantung.
  • Mengalami kesukaran membuang air besar.
  • Peningkatan kadar asid menyebabkan badan lemah, gout, alahan dan kencing manis.
    Pengumpulan kolesterol menyebabkan penyumbatan salur darah dan mengakibatkan tekanan darah tinggi dan risiko serangan jantung.
  • Pakar-pakar pemakanan berpendapat 90% punca pernyakit adalah disebabkan oleh usus yang kotor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan